'Salah tu anakku... jangan buat lagi!'


MOHAMED Salah sering menerima kecaman lawan tetapi bintang bolasepak Liverpool itu tidak terlepas dikritik oleh ibunya sendiri.
Teguran orang melahirkannya itu hadir selepas dia terlihat foto anaknya itu memeluk peminat wanita tular di media sosial.

Salah yang kini bergelar suami, mendirikan rumahtangga dengan buah hatinya sejak zaman remaja, Magi pada 2013.

Sebaik ternampak foto itu, ibunya serta-merta mengirimkan mesej kepada anaknya: "Jika saya nampak bapa awak buat seperti itu, saya akan minta cerai."

Salah pula berkongsi perbualan dengan ibunya itu di Instagram malah meletakkan emoji ketawa - menunjukkan tiada sebarang rasa kecil hati antara mereka berdua.

Bintang Mesir itu tidak beraksi bersama pasukan negaranya untuk Piala Negara-negara Afrika.
Dia diberikan rehat oleh bos Javier Aguirre yang mahu meletakkan muka baru dalam skuad itu.

Penyerang Liverpool berusia 26 itu memainkan peranan penting ketika Reds mencabar Manchester City untuk gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).


[GAMBAR] “The Art Of Punai Boboy & Nyok Muda,”- Azad Jazmin Pegang Apa Lak Tu?


Pelakon Azad Jazmin kini sedang bercuti di Jawa Barat, Indonesia bersama keluarga tercinta.
Jadi tidak hairanlah jika mereka merakam memori dengan bergambar bersama dengan arca bersejarah yang popular di negara tersebut.

Malah, Azad sempat bergambar dengan arca tersebut sambil memegang buah dada dan kemaluan arca berkenaan.



Bagaimanapun, cara Azad bergambar dikatakan agak keterlaluan dan menimbulkan rasa tidak senang netizen tatkala Azad posing sedemikian.




Dalam masa sama, ada juga netizen terhibur dengan gaya dan mimik muka Azad yang mencuit hati itu.

Selain itu, Azad juga ada berkongsi gambar bersama keluarga yang berlatarbelakangkan sunset di Palabuhanratu, Jawa Barat, Indonesia.

sumber